‘Saya terima amanah ini dengan keinsafan’

0
83

Oleh: SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Menteri Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin memohon agar diberikan peluang untuk meningkatkan kualiti pendidikan tanah air.

Beliau turut menyedari rakyat meletakkan harapan tinggi supaya sistem pendidikan negara dapat melahirkan generasi cemerlang.

“Saya menerima amanah ini dengan penuh keinsafan.

“Berilah peluang dan ruang kepada saya untuk melakukan yang terbaik demi tanah air tercinta ini. Doakan saya, ya,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Mohd Radzi turut menyifatkan pelantikannya sebagai tanggungjawab berat terutama dalam usaha memastikan kualiti pendidikan negara dapat melonjak ke peringkat lebih tinggi.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya sebagai Menteri Kanan, Menteri Pendidikan,” katanya.

Ketika pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mohd. Radzi dilantik sebagai Senator untuk jawatan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here