‘Saya tidak patah semangat!’

0
17347

RAUDHAH CITY – Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang menyebarkan kenyataan dalam aplikasi WhatsApp supaya tidak menghantar barangan ke pusat beli belah itu.

Beliau berkata, tindakan itu tidak mematahkan semangatnya dan warga kerja Malakat Mall untuk memastikan pembukaan pusat beli belah itu berjalan lancar.

“Siapalah dengki sangat. Ada orang hantar WhatsApp jangan hantar barang ke Malakat Mall!

“Doakan kita dilindungi oleh hasad dan dengki,” katanya dalam hantaran akaun Facebook milik beliau sebentar tadi.

Tambah beliau, mereka boleh buat apa sahaja tetapi tidak akan mungkin dapat melemahkan kebangkitan ekonomi Islam.

“Mohon sokongan semua saudara bersatu dan berjuang bersama!,” ujarnya.

Pusat beli belah pertama bumiputera yang menghimpunkan produk usahawan Muslim akan dibuka kepada orang ramai, esok.

Antara kedai yang terdapat dalam Malakat Mall ialah pasar raya Raudhah Grocer, Banc-Oh, Jojo Shoes, Himawari, TGM Tegomen Homme dan lain-lain. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here