Sayu lihat pertama kali masjid kosong waktu solat Jumaat

0
368
Semua masjid di seluruh negara diarahkan menangguhkan solat Jumaat pada gari ini berikutan penularan wabak Covid-19

CYBERJAYA – “Satu perasaan yang teramat sedih. Sayu terasa hati bila melihat masjid yg besar kosong,” demikian luahan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Hamdan Muhamad susulan penangguhan solat Jumaat pada hari ini berikutan penularan wabak Covid-19.

Beliau yang sering mengacarakan satu slot sebelum waktu solat Jumaat bersiaran di saluran RTM TV1 berkata, namun begitu hakikat tersebut perlu diterima demi kebaikan ummah.

“Tapi itulah hakikatnya, ia demi kebaikan ummah yang sedang kerajaan usahakan.

Hamdan Muhamad

“Kita perlu teruskan bermunajat, walaupun solat Jumaat tidak didirikan,” katanya ketika dihubungi Malakat Tribune hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bagi mengekang wabak Covid-19.

Salah satu perintah kawalan itu ialah semua perhimpunan termasuk majlis keagamaan dan solat Jumaat ditangguhkan sehingga 31 Mac ini.

Makluman penangguhan aktiviti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Dalam pada itu, ditanya mengenai aktivitinya berikutan perintah larangan itu, katanya, bagi menggantikan solat Jumaat, beliau bersama ahli keluarganya menunaikan solat zohor secara berjemaah.

Pada masa sama, katanya, di sebalik perintah ketat larangan itu, terdapat juga hikmah daripada kejadian itu apabila beliau dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

“Sepanjang kuarantin ini masa solat berjemaah saya adalah lebih bersama keluarga pada setiap waktu. Di situ saya nampak Allah nak bagi peluang kepada kita untuk hidupkan solat jemaah bersama keluarga.

Sebelum ini memang sibuk dengan kerja sebagai imam, jurunikah, berceramah sana sini dan semasa kuarantin ini saya jadikan rumah sebagai masjid dan tempat saya mencurahkan segala khidmat bakti saya kepada keluarga,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here