‘Scammer’ KWSP ambil kesempatan

0
232

CYBERJAYA – Pengumuman Perdana Menteri mengenai inisiatif pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui akaun 2 menarik perhatian terutama pencarum agensi itu.

Pengumuman itu bagi meringankan beban pencarum yang menghadapi kesulitan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Sebaik sahaja pengumuman itu, tular pula dalam media sosial terutama aplikasi WhatsApp mengenai tindakan ‘scammer’ yang memuat naik satu aplikasi bagi pengeluaran caruman itu.

Seorang warga maya akaun Facebook Malakat Tribune berkongsi tangkap layar aplikasi WhatsApp rakannya memaklumkan ada pihak berkongsi pautan kaedah pengeluaran wang tersebut.

“Hati-hati ‘scammer’ @ along dah bertindak awal,” kongsi Abu Hasan Al-Haitham dalam komen akaun Facebook Malakat Tribune.

Sehubungan itu orang ramai diminta berhati-hati dan sentiasa mendapatkan maklumat lanjut daripada KWSP bagi mengetahui cara pengeluaran caruman itu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here