‘Sel otak tidak berhubung’

0
307

LONDON – Kebimbangan tidak dapat berhibur di pub mengatasi daripada dijangkiti Covid-19 apabila golongan muda di Britain mengingkari perintah duduk di rumah ketika negara terbabit mencatatkan peningkatan kes serta kematian akibat wabak ersebut.

Memetik berita Agensi, sehingga semalam, pub-pub di seluruh negara terutamanya di bawah kendalian rangkaian JD Wetherspoon terus dipenuhi pelanggan.

Di London misalnya, golongan muda terus berhibur di waktu malam dan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

Keadaan itu menimbulkan kemarahan Datuk Bandar London, Sadiq Khan yang berjanji akan mengambil tindakan lebih tegas dalam usaha membendung penyebaran wabak itu dan kematian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif JD Wetherspoon, Tim Martin mempertahankan keputusan untuk tidak menutup pub di bawah kendalian syarikatnya selain menyifatkan perintah duduk rumah oleh Perdana Menteri, Boris Johnson sebagai tidak masuk akal.

Malah, Martin menerima kecaman apabila menganggap pasar raya lebih berbahaya berbanding pub kerana orang ramai berpusu-pusu disebabkan mahu membuat pembelian panik.

“Pasar raya lebih sesak berbanding pub. Juga sukar dapat jangkitan di pub berbanding tempat lain.

“Saya fikir orang sekeliling melebih-lebih apabila mahu pub ditutup,” katanya.

Susulan kenyataan tidak bertanggungjawab Martin, tanda pagar #BoycottWetherspoon kini trending dalam laman sosial Twitter.

“Pub di London penuh sesak. Mereka sudah hilang akal ke?” ciapan seorang pemilik akaun Twitter, Zainab.

“Sel otak tidak berhubung,” kata J Hyde.

“Tolonglah Boris tutup semua pub,” kaya Ethereal.

Setakat ini, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh United Kingdom (UK) mencecah 150 dengan lebih 3,000 orang disahkan positif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here