Semoga atuk kuat lawan Covid-19

0
319

CYBERJAYA- “Atuk, kakak mampu buat apa yang perlu sahaja, semoga atuk kuat, sayu tidak dapat salam, peluk dan cium sebelum pergi,”.

Itu luahan seorang cucu pesakit yang disahkan positif Covid-19 dipercayai berasal dari Baru Pahat, Johor di ciapan Twitter miliknya.

Pemilik akaun yang menggunakan nama ‘ZEER’@ nzeera itu juga memberitahu bahawa atuknya dijangkiti selepas solat berjemaah di masjid.

“Atuk solat di masjid, tak ingat bila. Dalam masjid ada jemaah positif dari perhimpunan tabligh,” katanya membalas komen di ciapan sama.

Menjawap soalan di masjid mana atok menunaikan solat, pemilik akaun memaklumkan di Masjid Kampung Parit Haji Salleh Ros di Parit Raja.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here