Semua perlukan duit

0
207

HAMPIR seminggu rakyat Malaysia berada dalam keadaan huru-hara gara-gara kemelut politik yang melanda negara minggu lalu. Alhamdulillah, akhirnya dengan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong segala kekusutan ini terlerai apabila Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih sebagai Perdana Menteri kelapan.

Meskipun pelantikan ini mendapat tentangan pasukan satu lagi, akhirnya semua pihak akur dengan keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Hujah yang diberikan ialah bagi mewujudkan kestabilan dalam negara dan mengelakkan negara tiada Perdana Menteri dalam tempoh yang lama.

Suka atau tidak, sepanjang seminggu kemelut politik ini berlaku, pelbagai bentuk ketidakstabilan berlaku. aling ketara ketidakstabilan politik sehingga mengakibatkan ekonomi negara juga hampir runtuh.

Bayangkan dalam tempoh seminggu itu Bursa Malaysia terus menyusut dan kaunter rugi mengatasi kaunter untung. alah, kebimbangan terhadap penyakit Covid-19 memburukkan lagi keadaan.

Justeru, pengumuman Perdana Menteri semalam dalam ucapannya bertajuk ‘Rayuan Kepada Rakyat Malaysia’ sedikit sebanyak mengurangkan kerisauan dan kebimbangan ke arah mana ekonomi negara akan dipacu.

Jaminan beliau untuk meneruskan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bagi melonjakkan ekonomi negara dan merapatkan jurang pendapatan rakyat merupakan pendekatan terbaik pada masa ini.

Secara jujurnya, kita tidak boleh menafikan bahawa jurang pendapatan antara rakyat malah jurang pendapatan antara kaum dalam negara ini memang berlaku. ang kaya terus kaya dan yang miskin terus berada dalam keadaan tertekan untuk meneruskan kehidupan seharian.

Itu belum lagi kisah sedih ribuan pekerja yang hilang pekerjaan sejak beberapa bulan lalu.

Itu juga belum dicampur lagi jumlah mereka yang keluar dari institusi pendidikan tinggi (IPT) atau lepasan sekolah yang memerlukan pekerjaan untuk menyara  hidup.

Kisah seorang rakan penulis yang berkongsi pengalamannya pergi ke sebuah syarikat di ibu negara untuk proses temuduga agak merisaukan. Katanya jawatan yang dibuka hanya beberapa kerat sahaja tetapi jumlah yang datang ‘walk in’ lebih seribu orang, sehinggakan pengawal keselamatan yang bertugas terpaksa meminta calon yang datang untuk temuduga meninggalkan resume di pondok pengawal dan jika ada rezeki barulah pihak pengurusan akan panggil kemudian. 

Soal penyediaan peluang pekerjaan kepada semua perlu menjadi keutamaan pemerintah hari ini, tanpa duit di poket untuk membeli makanan dan barangan keperluan bagaimana rakyat hendak hidup? Itu belum lagi soal perbelanjaan kesihatan. Semua memerlukan duit.


Kepada kerajaan baharu, pergantungan harap daripada rakyat secara keseluruhan adalah sangat tinggi. alam keadaan serba serbi semuanya memerlukan duit, perkara ini juga perlu menjadi tumpuan utama.

Jika buntu memikirkan bagaimana cara untuk menyediakan peluang pekerjaan, kerajaan mungkin boleh merujuk kepada pakar-pakar ekonomi yang berada di seluruh IPT dalam negara dan pendekar-pendekar ekonomi dalam sektor swasta untuk memberikan pandangan. 

Mana tahu dengan cara ini lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan lebih penting rakyat dapat menikmati sedikit kesenangan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here