Senarai bantuan untuk rakyat terjejas Covid-19

0
159

Berikut adalah senarai skim bantuan dan insentif yang disediakan kerajaan kepada rakyat negara ini bagi meringankan bebas ditanggung ekoran krisis Covid-19

1. Diskaun bil elektrik 6 bulan bermula 1 April – Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik berjumlah RM662 juta.

2. Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 6 bulan – Penangguhan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam, membabitkan jumlah kutipan RM375 juta.

3. Penangguhan bayaran pinjaman MARA – MARA menangguh bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan selama 3 bulan. Diskaun khas sewaan premis perniagaan Mara sebanyak 30% diberikan kepada usahawan di semua premis Mara.

4. Bayaran bantuan JKM kepada 500,000 penerima bermula Rabu ini – Bantuan dengan kos RM150 juta itu sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal.

5. Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji – Pekerja berpendapatan RM4,000 atau kurang sebulan yang mengambil cuti tanpa gaji layak mendapat bantuan kewangan RM600 setiap bulan, untuk maksimum selama 6 bulan.

6. Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun – Kemudahan membabitkan 37,855 murid dan 972 kanak-kanak.

7. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Percuma sebulan sewa premis perniagaan DBKL – Bayaran penuh kepada 500 pekerja harian DBKL.

8. Elaun khas kepada petugas perubatan. RM400 sebulan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan.

9. LHDN benarkan tangguh bayaran cuka. Penangguhan bagi pembayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan.

10. Penangguhan pembayaran pinjaman – CIMB, Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, BSN, Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman dengan moratorium sehingga 6 bulan, penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan pembiayaan ke atas pelanggan yang terbabit gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd dan peribadi.

11. Bajet tambahan – RM160 juta bajet tambahan disalurkan kepada 26 hospital, sebahagian daripada RM259 juta yang disalurkan untuk Kementerian Kesihatan membeli ubat-ubatan, peralatan dan lain-lain.

12. Bantuan dari Kerajaan Negeri, Pusat Zakat/Baitulmal Negeri menyusul Majlis Tindakan Ekonomi putuskan kemudahan pengeluaran i-Bestari bagi pencarum KWSP berjumlah RM40 bilion bermula 1 April. Ahli KWSP bawah 55 tahun boleh keluarkan wang dari akaun 2, maksimum RM500/sebulan selama 12 bulan






LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here