Seorang lagi Ahli Parlimen DAP disahkan positif Covid-19

1
518
Ahli Parlimen Kuching disahkan positif Covid-19

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Kuching, Kelvin Yii Lee Wuen menjadi mangsa terbaharu positif jangkitan wabak Covid-19.

Dalam satu status dimuat naik dalam laman Facebook miliknya hari ini, ahli Parlimen DAP itu berkata, beliau dikesan positif penyakit tersebut selepas membuat ujian saringan kesihatan bersama Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen.

“Berdasarkan ujian yang dilakukan itu, Chieng Jen disahkan negatif tetapi saya disahkan positif Covid-19.

“Saya kemudiannya ditahan di wad semalam dan sekarang dikuarantin di Hospital Besar Sarawak untuk pemantauan selanjutnya,” katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Sarikei daripada DAP, Wong Ling Biu dimasukkan ke Hospital Sibu kerana disahkan positif Covid-19.

Dalam pada itu, Lee Wuen berkata, beliau sekarang berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami gejala demam.

“Saya sebelum ini berhubung dengan Ling Biu pada 2 Mac lalu namun, sejak dari tarikh itu tiada sebarang tanda-tanda saya dijangkiti virus berkenaan.

Tangkap layar daripada status Facebook beliau

“Jabatan Kesihatan juga sedang mengesan kontak rapat saya dan kontak rapat Ling Biu. Pada masa sama, Jabatan Kesihatan juga memberikan jaminan untuk untuk melakukan segala langkah berjaga-jaga bagi mengesan kontak rapat dengan saya,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai termasuk yang mempunyai kontak dengannya sebelum ini supaya tidak panik dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan virus tersebut tersebar.-MT

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here