Seorang petugas KKM dirawat di ICU

0
184
Salah satu gambar pesakit Covid-19 yang dimuat naik dalam laman Facebook Dr. Noor Hisham

CYBERJAYA – Seramai 12 petugas Kementerian Kesihatan (KKM) positif Covid-19 dengan seorang daripadanya terpaksa dirawat di unit rawatan rapi yang memerlukan bantuan pernafasan.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham. Abdullah dalam satu kenyataan dalam laman Facebook miliknya hari ini.

“Sehingga hari ini, 12 petugas kesihatan KKM dan tiga daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti virus Covid-19.

Petugas KKM yang berada di barisan hadapan memakai pakaian perlindungan diri sebagai langkah berjaga-jaga

“Salah seorang daripada 12 kakitangan KKM tersebut kini berada di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Petugas KKM berdoa sebelum memulakan tugas

Dalam pada itu, beliau berkata, virus tersebut tidak mengenal sempadan, status bangsa, agama atau nilai harta.

Lebih-lebih lagi, katanya, petugas kesihatan yang berada di barisan hadapan ketika berhadapan dalam medan perang itu.

“Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini, bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah,” katanya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here