Sesak hingga 2KM ke Malakat Mall

0
7068

RAUDHAH CITY- Lalu lintas di sekitar Malakat Mall sesak sehingga dua kilometer berikutan orang ramai menyerbu prapembukaan pusat beli belah itu hari ini.

Laluan utama di hadapan Malakat Mall juga dipenuhi kereta kerana kawasan letak kereta di ruangan disediakan penuh dan tidak dapat menampung kehadiran pelanggan yang ramai.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, beliau tidak menyangka laluan di sekitar Malakat Mall sesak sehingga dua kilometer kerana orang ramai datang ke pusat beli belah itu.

“Kita memang doakan agar mendapat sambutan sebegini, saya difahamkan laluan masuk ke Malakat Mall sesak sepanjang dua kilometer. Ini sambutan yang luar biasa, terima kasih semua.

“Sebenarnya promosi kita tidak dibuat secara menyeluruh lagi. Gegantung juga tidak digantung kerana belum dapat kelulusan dan hanya promosi melalui dalam talian sahaja.

“Saya cukup yakin, apa yang Allah janjikan cukup indah. Kita hanya merancang tetapi, Allah yang tentukan segala-galanya. Alhamdulillah hari ini, kita dapat saksikan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Fadzil berharap Majlis Perbandaran Sepang tidak mengambil sebarang tindakan kerana hadapan Malakat Mall bukan laluan utama dan tidak menghalang lalu lintas.

“Pelanggan mungkin tidak tahu nak letak kereta di kawasan mana, selepas ini kita akan letakkan papan tanda untuk memudahkan segala urusan pelanggan.

“Dahulu kawasan ini sunyi, Alhamdulillah dengan adanya Malakat Mall laluan ini kembali hidup. Jadi, saya harap Majlis Perbandaran Sepang dapat memberi sedikit kelonggaran,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here