Setanding jenama terkemuka di TGM Tegomen Homme

0
360

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Jenama TGM Tegomen Homme mungkin masih baharu di Malaysia namun jenama ini merupakan salah satu jenama besar dan tidak asing di luar negara.

Bukan sahaja mempunyai rekaan yang eksklusif, jenama ini turut menawarkan kualiti pakaian setanding jenama terkenal lain seperti Zara dan G2000.

TGM Tegomen Homme yang terletak di tingkat dua Malakat Mall merupakan sebuah gedung yang menjual kelengkapan pakaian ‘head to toe’ khusus buat kaum adam.

Pengurus Jenama TGM Tegomen Homme, Syahir Hassan berkata, bersempena pembukaan Malakat Mall, jenama itu menawarkan promosi istimewa dengan harga penjimatan berganda bagi pembelian kombo.

“Banyak diskaun harga menarik ditawarkan untuk item kemeja, T-shirt, seluar dan aksesori bersempena pembukaan Malakat Mall.

“Apa yang boleh kami janjikan, pakaian daripada jenama ini mempunyai kualiti terbaik, sangat selesa digayakan, trendy, dan harganya juga sangat berpatutan, “katanya

Anak muda itu turut berkongsi pengalaman menghadirkan butik berkenaan daripada ia kosong hingga siap disusun atur.

Menurut Syahir, perjalanan untuk menyiapkan semua itu bukanlah sesuatu yang mudah terutama bagi dirinya yang tidak mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan jualan.

“Syukur saya mempunyai pasukan yang sangat banyak membantu dalam segala aspek kerana kebanyakan mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam jualan dan pengurusan pakaian, “katanya.

Menurut Syahir, antara pengalaman yang paling mencabar adalah bagaimana mereka perlu memasang rak-rak peragaan dalam butik berkenaan tanpa sebarang panduan dalam bentuk video mahupun gambar.

“Sejenak, sebaik menerima item-item dari ibu pejabat, kami saling berpandangan dan berasa ‘kosong’ apabila kotak-kotak perabot sampai kerana kami perlu memasang dan menyusun atur kesemuanya sebelum mula menyusun pakaian dan barangan jualan dalam masa tiga minggu.

Ini menuntut kerja berpasukan yang berterusan malah memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang banyak. Kami bekerja dari awal pagi hingga lewat malam sepanjang menyiapkan semuanya, “katanya.

Bagaimanapun beliau bersyukur sentiasa diberi tunjuk ajar dan semangat daripada ‘Big boss’ iaitu Coach Fadzil Hashim selaku pengasas Malakat Mall supaya tidak menyerah kalah dan berputus asa.

“Saya mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Coach Fadzil kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan jenama ini. Beliau seringkali memberikan motivasi, tunjuk ajar, idea dan tekanan positif supaya tidak berputus asa,” katanya.

Antara produk yang terdapat di TGM Tegomen Homme ialah jaket kulit, jaket labuh, jaket kapas, jaket nipis (Windbreakers), kot bulu, pakaian kasual, T-shirt, kasut, beg, tali leher, tali pinggang, sarung kaki, dan seluar dalam.

Melihat kepada jenis produk ditampilkan, tidak mustahil lelaki berusia antara 15 hingga 45 tahun akan memilih TGM Tegomen Homme sebagai jenama pilihan hati sekali gus tampil elegan dan menjadi daya penarik kepada sesiapa yang memilikinya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here