Sila kekal dirumah, jangan balik kampung

0
171

CYBERJAYA- Perintah Kawalan Pergerakan bukan ‘kemudahan’ untuk pulang ke kampung atau bercuti tetapi untuk mengelakkan wabak Covid-19 terus merebak.

Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Johari berkata, beliau yakin semua rakyat Malaysia faham situasi itu.

Mohd. Nor Izzat juga mengajak orang ramai agar kekal dirumah masing-masing dan tidak pulang ke kampung halaman kerana langkah itu hanya mengundang masalah.

“Saya bukan nak tunjuk pandai tetapi saya yakin umat Islam di Malaysia adalah antara umat Islam yang berdisiplin tinggi. YAKIN!,” katanya dalam facebook miliknya hari ini.

“Mari kita tinggal di rumah masing-masing dan bertahan bersama keluarga. Tak perlu pulang ke kampung halaman kerana bakal mendedahkan orang di kampung dengan virus yang kita tidak tahu ada di kenderaan atau pada kita.

“Kita mampu lakukan perubahan kepada negara kita. Kalau bukan kita, siapa lagi? Tolong saya sampaikan seruan ini. Kongsikan seberapa banyak. Demi kebangkitan Islam akhir zaman,” katanya.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here