Singapura sediakan tempat tinggal bagi pekerja Malaysia

0
129

CYBERJAYA – Agensi kerajaan dan pertubuhan perdagangan di Singapura akan membantu majikan yang memerlukan penginapan sementara bagi pekerja mereka yang berasal dari Malaysia.

Memetik laporan The Straits Times, perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing.

Chung Sin dilaporkan memberi penjelasan tersebut bagi meredakan kerisauan dalam kalangan warga Singapura mengenai pengumuman Malaysia melaksanakan Arahan Perjalanan Terhad bermula esok hingga 31 Mac ini.

Arahan tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengekang penularan Covid-19 daripada menjadi buruk, malam tadi.

Dalam paparan terbaharu di akaun media sosial miliknya, Chung Sin berkata, Singapura telah mempunyai pelan kontigensi jika berhadapan dengan sebarang gangguan bekalan makanan dan keperluan dari Malaysia.

“Kita sudah mempunyai pelan tindakan untuk menguruskan senario ini dan kita sentiasa melihat semula tindakan kita bagi memastikan kita tidak keputusan bekalan makanan dan keperluan,” katanya.

Beliau turut menambah, ketika ini Singapura mempunyai timbunan karbohidrat seperti beras dan mi yang mampu bertahan selama tiga bulan.

“Bagi bekalan protein seperti daging, dan sayuran, kombinasi pilihan di antara barang segar, sejuk beku dan bertin untuk memenuhi permintaan dan setakat ini kita ada simpanan yang mampu bertahan selama dua bulan jika digunakan pada kadar biasa,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here