Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI
Jamaliah Ismail ketika berucap pada Taklimat Peluang Perniagaan dan Pemasaran Produk Koperasi dalam Malakat Mall di Kompleks Brainy Bunch Raudhah City, Cyberjaya hari ini.
RAUDHAH CITY – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berhasrat menjalinkan kerjasama bersama Malakat Mall dalam memberi peluang perniagaan kepada semua koperasi di bawahnya mempromosikan produk.
Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Jamaliah Ismail berkata, peluang itu antara usaha jalinan kerjasama koperasi di bawah SKM melihat sendiri peluang perniagaan itu melalui pusat beli belah itu berkonsepkan Islam yang akan dibuka pada 13 Mac ini.
Menurutnya, dengan adanya inisiatif Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad (KoPPIM) juga diharapkan membantu koperasi dalam pembangunan produk.
“Tidak dinafikan masih ada lagi produk-produk kita masih boleh dibangunkan dan terdapat juga sudah sedia untuk di eksport.
“Untuk rangkaian bekalan kami di ruang- ruang runcit kita juga mempunyai 20 buah ‘distribution centre’ (DC) di seluruh negara namun ia bukanlah besar,” katanya ketika berucap dalam Majlis Taklimat Peluang Perniagaan dan Pemasaran Produk di Malakat Mall di sini hari ini.
Jamaliah berkata, outlet koperasi SKM sahaja mempungai 2,577 dengan 5,000 unit simpanan stok (sku).
Jelasnya, SKM dan koperasi sebenarnya berdepan cabaran apabila beberapa DC koperasinya berada di kawasan tertentu sahaja.
“Kami berdepan juga masalah geografi di mana lokasinya berselerak dengan melibatkan masalah logistik.
“Masalah pemasaran itu memang berlaku dan apabila berjumpa dengan Malakat Mall kami rasa ini adalah peluang terbaik mengatasi sebahagian masalah kami,” katanya. -MBNews