SKMM pastikan akses tidak terjejas

0
131

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) termasuk sektor telekomunikasi, penyiaran, pos dan kurier  komited memastikan kesinambungan operasinya ketika berdepan pandemik Covid-19.

Dalam satu kenyataan SKMM memaklumkan ia penting untuk memastikan rakyat Malaysia terus memiliki akses kepada perkhidmatan komunikasi yang meluas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.  

Menurutnya, bagi telekomunikasi, industri itu akan memastikan bahawa kapasiti jalur lebar adalah mencukupi untuk menampung peningkatan penggunaan oleh pelanggan dan prestasi rangkaian pula diperhebat di sekitar lokasi kritikal seperti klinik dan hospital. 

“Pengendali telekomunikasi telah meletakkan pelan kesinambungan perniagaan bagi memastikan rangkaian, aplikasi dalam talian dan perkhidmatan pelanggan beroperasi seperti biasa memandangkan ia menjadi fokus penting pada masa akan datang,” katanya.

Dalam kenyataan itu juga berkata, pengendali akan terus memberikan akses  telekomunikasi berterusan kepada orang ramai meskipun ia akan beroperasi dengan kakitangan dan tempoh operasi yang minimum serta menghadkan jumlah pelanggan di kedai.

Katanya lagi, bagi bidang penyiaran, siaran televisyen dan radio boleh diakses menerusi semua platform.

“Perniagaan juga digalakkan memanfaatkan saluran beli-belah televisyen di mana produk tempatan boleh dipasarkan untuk menjana pendapatan  melalui saluran TV seperti Go Shop dan CJ Wow Shop yang boleh didapaati di MyFreeview, platform kandungan yang menawarkan TV1, TV2, TV3, Saluran Berita Bernama, Okey, TV9, NTV7, RTM Bes, Sukan HD RTM, 8TV, TV Al Hijrah dan enam saluran radio. 

“Bagi perkhidmatan pos dan kurier pula Pos Malaysia dan GD Express Sdn. Bhd., telah melakukan usaha untuk meneruskan perkhidmatan penghantarannya dengan mengurangkan kontak ketika penghantaran serta meminta pelanggan memaklumkan secara lisan nombor kad pengenalan mereka kepada petugas penghantaran atau menghantar SMS yang meminta pilihan jenis penghantaran,” kongsinya.

Dalam pada itu, bagi memudahkan penghantaran kepada mereka yang dikuarantin, petugas penghantaran mungkin meninggalkan barangan di depan pintu rumah penerima yang terjejas dan berkomunikasi melalui telefon bimbit. 

“Sekiranya penghantaran ke alamat sedia ada tidak boleh dilakukan akibat penutupan, Pos Malaysia digalakkan memanfaatkan Lokar Bungkusan atau Ezobox sebagai satu alamat penghantaran alternatif memandangkan perkhidmatan ini boleh didapati di 225 lokasi dengan kapasiti untuk memudahkan penghantaran sejumlah 15,000 barangan.

“Rakyat Malaysia digalakkan memanfaatkan pelbagai perkhidmatan secara dalam talian yang disediakan semasa duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan pada masa sama, sentiasa merujuk kepada sumber rasmi untuk kemas kini perkembangan berkaitan Covid-19.  -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here