Solat tetap diutamakan walaupun sibuk

0
294
Ustaz Aden mengimamkan solat zohor di Malakat Mall hari ini

RAUDHAH CITY – Meskipun masing-masing sibuk dengan persiapan terakhir sebelum pusat beli-belah BMF pertama di Malaysia, Malakat Mall memulakan operasi esok, pekerja dan pemilik kedai di sini tetap tidak ketinggalan untuk menunaikan solat fardu secara berjemaah.

Dengan diimamkan oleh Pengetua Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch, ustaz Aden, solat zohor yang diadakan di dalam pusat beli belah itu disertai lebih 50 orang.

Hailmy Rizuan

Dalam pada itu, menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Brainy Bunch, Hailmy Rizuan, pusat beli belah itu mengamalkan konsep pengunjung boleh bersolat di mana sahaja apabila masuk waktu solat lima waktu.

“Selain itu, kita juga akan menyediakan tikar sembahyang untuk kemudahan pengunjung menunaikan solat dan alat ‘wuduk spray’ untuk mengambil wuduk,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, Malakat Mall akan dibuka secara rasmi esok untuk orang ramai.

Alat wuduk spray disediakan untuk kemudahan pengunjung mengambil wuduk

Katanya, program esok akan bermula seawal pukul 6 pagi dengan semua petugas menunaikan solat subuh secara berjemaah diikuti majlis pelancaran yang dijadualkan bermula pukul 9 pagi.

Malakat Mall yang terletak di CBD3 di Cyberjaya akan memulakan operasi bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam pada setiap hari.

Antara jenana yang terdapat dalam pusat beli belah itu ialah pasar raya Raudhah Grocer; kedai sukan, Tahan Sports; kedai kasut, Jojo Shoes; jenama fesyen, Petak, RAHSIA; kedai alat tulis, Conteng serta barangan penjagaan ibu dan bayi, Eebu.

Malakat Mall akan dibuka secara rasmi esok

Selain itu terdapat juga kedai menjual perkakas barangan dapur iaitu C&E, 2358 Fashion, Himawari, Togomen Homme, DIY Malaya dan Iqra Read Bookstore.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here