SOP lebih ketat diumum Sabtu ini-Ismail Sabri

0
264

CYBERJAYA- Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan garis panduan yang tegas bagi memastikan kepatuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan pada Sabtu ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk peraturan yang lebih tegas berkenaan orang ramai yang ingin keluar membeli barang keperluan.

“Mungkin selepas ini banyak sekatan akan dikenakan, sama ada berkenaan pembelian, membeli makanan dan sebagainya.

“Saya belum boleh umumkan lagi, MKN akan keluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih tegas untuk pastikan langkah kita ini berjaya sekat penularan Covid-19,” katanya sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, terpulang kepada orang ramai untuk memastikan Perintah Kawalan Pergerakan tidak lagi dilanjutkan dan mereka boleh berbuat demikian dengan berada di rumah.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang pada mulanya berkuat kuasa sehingga 31 Mac, dilanjutkan kepada 14 April.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here