SPM 2019: Pencapaian lebih baik, GPN 4.86

0
170
Habibah Abdul Rahim

PUTRAJAYA – Pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2019 dicatatkan lebih baik berbanding tahun sebelumnya, dengan Gred Purata Nasional (GPN) bagi tahun 2019 adalah 4.86 berbanding 4.89 pada 2018.

Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim berkata, 8,876 calon atau 2.28 peratus calon memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua matapelajaran berbanding 8,436 calon atau 2.15 peratus pada 2018.

Pada tahun 2019, peratus calon yang layak menerima sijil SPM meningkat sebanyak 0.33 peratus iaitu 86.72 peratus (337,773 calon) berbanding 86.39 peratus (338,350 calon) pada 2018, katanya.

“Bilangan calon yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah adalah 246,645 calon,” katanya ketika pengumuman analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 di Kementerian Pendidikan dipetik Bernama di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here