Sportrevo ceriakan pegawai, pemain MSSDS

0
224

Oleh: NURUL FIRDAUS KHAIRI

RAUDHAH CITY – Pemain dan pegawai pasukan bola sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah Sepang (MSSDS) yang menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Selangor (MSSSDS) di Sekolah Kebangsaan Alam Megah, Shah Alam dekat sini menerima tajaan pakaian sukan daripada Sportrevo.

Pengurus jenama Tahan Sport, Mohd. Fuad Rahim berkata, pakaian jenama milik bekas kapten skuad Harimau Malaya, Safiq Rahim itu buat julung kali dipakai sempena kejohanan tahun ini.

Menurutnya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim berbesar hati menaja pasukan itu memandangkan salah seorang pelajarnya terlibat dalam kejohanan tersebut.

“Alhamdulillah, usaha ini antara galakan yang kita lakukan untuk mempromosikan Program Usahawan Sportrevo oleh Safiq Rahim dan Mohd. Fadzil.

“Program usahawan ini disasarkan kepada semua sekolah mempunyai pelajar dan guru yang mahu menjadi usahawan menjual produk diedarkan oleh Tahan Sport,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Fuad, pakej yang ditawarkan serendah RM500 iaitu dilengkapi beberapa set pakaian sukan.

“Pelajar dan guru terutama guru pendidikan jasmani di setiap sekolah digalakkan memanfaatkan peluang menjadi usahawan menjual produk Sportrevo dengan mengambil pakej tersebut.

“Paling menarik pakej lain kita tawarkan juga untuk satu set pakaian pemain seorang serendah RM99 dilengkapi baju, seluar, stokin termasuk rekaan dan kos penghantaran,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here