Spritzer sumbang air mineral kepada barisan hadapan

0
96

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Pengeluar air mineral tempatan, Spritzer Bhd. (Spritzer) membekalkan air minuman keluaran syarikat itu secara percuma kepada petugas barisan hadapan dalam membendung wabak Covid-19 di negara ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, bekalan air mineral telah dihantar ke beberapa buah hospital dan balai polis di seluruh negara.

Tambah kenyataan itu, pihaknya akan menyambung penghantaran bekalan tersebut ke seluruh liputan lokasi yang terbabit dalam memerangi wabak ini.

“Kami amat berterima kasih dan menghargai semua usaha yang diberikan oleh pasukan keselamatan, petugas kesihatan, rakan-rakan media, para penguat kuasa dan lain-lain yang tidak putus-putus bekerja tanpa henti bagi memerangi Covid-19 ini.

“Tiada kata-kata yang boleh menghargai segala jasa anda semua. Sumbangan kecil kami ini tidak mampu untuk membalas segala usaha dan pengorbanan besar kepada negara,” kata Spritzer dalam kenyataan tersebut.

Kenyataan itu menambah, sejak Januari lalu pihaknya telah menyumbang kepada barisan hadapan di China ketika negara tersebut memerangi Covid-19.

“Manakala Februari lalu, Spritzer telah menyumbang kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan membekal air minuman untuk pasukan tersebut,” kata kenyataan itu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here