SPRM siasat pemilikan wang bekas menteri

0
136

CYBERJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung pemilikan sejumlah besar wang tunai yang meragukan dipercayai milik seorang bekas menteri.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, kertas siasatan berkenaan dibuka susulan terdapat aduan berhubung pemilikan wang itu.

“SPRM menerima aduan berhubung pemilikan sejumlah besar wang tunai yang meragukan dipercayai milik seorang bekas menteri seperti dilaporkan oleh media semalam.

“Siasatan terhadap aduan itu akan dibuat mengikut Akta SPRM 2009,” katanya Suruhanjaya berkenaan dalam kenyataannya di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, seorang bekas menteri membuat laporan polis, apabila wang tunai RM250,000 yang disimpan dalam peti besi simpanan di kediamannya dekat Petaling Jaya hilang.

Kehilangan wang itu disedari oleh Ahli Parlimen terbabit kira-kira pukul 7 malam ketika memeriksa peti besi simpanan berkenaan.

Susulan kejadian itu, siasatan polis membawa kepada penahanan wanita warga Indonesia yang juga pembantu rumah di kediaman mangsa semalam.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here