‘Stay At Home’ makan Bell Popcorn

0
424

CYBERJAYA- Bell Popcorn mengambil inisiatif menganjurkan kempen ‘Stay At Home’ untuk pelanggannya sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKD) di negara ini.

Pengasas Bell Popcorn, Firzah Puasa berkata, inisiatif kempen itu ialah untuk memastikan pelanggan Bell Popcorn sentiasa berada di rumah dalam keadaan selamat.

Pengasas Bell Popcorn, Firzah Puasa

Beliau berkata, kempen itu disertakan dengan promosi menarik iaitu setiap pembelian dua balang Bell Popcorn, pelanggan akan mendapat tawaran istimewa.

“Dengan pembelian dua balang atau dua bungkus Bell Popcorn, pelanggan akan menikmati diskaun RM2 kos pos selain turut mendapat dua cawan Bell Popcorn percuma.

“Melalui kempen ‘Stay At Home’ ini, semua agen hanya perlu mengambil pesanan dan ibu pejabat akan menguruskan segala urusan pengeposan kepada pelanggan.

“Dengan cara ini, kita dapat mematuhi segala arahan kerajaan dan dalam masa yang sama semua agen dan pelanggan dapat memastikan tahap kesalamatan mereka.

“Kami di Bell Popcorn hanya memudahkan segala urusan agen dan pelanggan selain mahu pastikan peminat snek ini dapat nikmatinya sepanjang masa,” katanya.

Menurut Firzah, sejak dilaksanakan pada 25 Mac lalu, pihaknya mendapat sambutan yang baik dan telah menjual hampir 500 balang Bell Popcorn kepada pelanggan.

Dalam perkembangan lain, Firzah yang juga pembekal Bell Popcorn ke Raudhah Grocer di Malakat Mall berkata, produknya itu mendapat smabutan yang baik di pasar raya itu.

“Semalam saya mendapat pesanan tambahan 200 balang dari Raudhah Grocer, Saya berdepan masalah untuk hantar pesanan kerana perlu tempuhi perjalanan dari Negeri Sembilan ke Cyberjaya.

“Saya akan fikirkan cara utnuk hantar pesanan itu, mungkin juga akan guna khidmat pengeposan. Terima kasih kepada pelanggan yang memberi sambutan kepada produk saya,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here