Stok roti Gardenia kehabisan

0
328

CYBERJAYA – Gardenia Barkeries (KL) Sdn. Bhd., memaklumkan, kilang-kilang pengeluaran roti dari syarikat itu tidak dapat menambah bekalan produknya di pasaran.

Menerusi satu hantaran dari syarikat pengeluar roti terbesar itu, Gardenia memberitahu pengeluaran roti dari kilang-kilang syarikat itu telah mencapai tahap maksimum.

“Pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia telah mencapai tahap maksimum, oleh yang demikian kami tidak dapat menambah bekalan-bekalan produk kami di pasaran,” menurut hantaran berkenaan.

Pada masa sama pengeluar utama produk roti itu mengucapkan penghargaan kepada semua pelanggan dan memohon maaf atas kesukaran yang timbul.

“Terima kasih kasih atas kefahaman tuan/puan dan segala kesukaran yang timbul amat ah dikesali,” kata kenyataan itu lagi. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here