Sulaiman Ketua Menteri Melaka ke-12

0
155

CYBERJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu dari Barisan Nasional (BN), Datuk Sulaiman Md. Ali, 55, dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 hari ini.

Memetik portal Astro Awani, Sulaiman mengangkat sumpah Ketua Menteri ke-12 itu dalam Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Kompleks Seri Negeri di Melaka hari ini. 

Sulaiman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri menyempurnakan Istiadat itu di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob..

Sulaiman sebelum ini pernah dilantik sebagai Timbalan Exco Perindustrian dan Perdagangan Negeri ketika pentadbiran bekas Ketua Menteri Melaka ke-10, Datuk Seri Idris Haron pada tahun 2013 hingga 2018.

Mempunyai tiga cahayamata hasil perkahwinan bersama Datin Munira M. Yusop, Sulaiman yang juga anak jati Melaka berasal dari Kampung Durian Daun, Masjid Tanah.

Beliau juga mempunyai Profesional Sarjana Pengurusan Pesuruhjaya Jaminan Kualiti (QAC) dari United Kingdom dan berpengalaman dalam bidang cari gali selama lebih 25 tahun. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here