Sulaiman mulakan tugas pertama KM Melaka

0
76


CYBERJAYA – Ketua Menteri Melaka ke-12, Datuk Sulaiman Md. Ali memulakan tugas secara rasmi pagi ini.

Memetika laporan Sinar Harian, Sulaiman tiba di pejabat di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh dengan menaiki kenderaan rasmi Ketua Menteri pada pukul 8.25 pagi dan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu dibawa ke aras empat yang menempatkan Pejabat Ketua Menteri sebelum menghadiri mesyuarat pertama bersama beberapa agensi termasuk Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka.

Sulaiman dalam sidang akhbarnya semalam mahu isu bekalan air di Melaka menjadi teras utama dalam menyelesaikan masalah keperluan rakyat itu.

Sulaiman berusia 55 tahun dilantik sebagai Ketua Menteri baharu dalam Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Mojd Khalil Yaakob di Kompleks Seri Negeri petang semalam.

Sulaiman sebelum ini pernah dilantik sebagai Timbalan Exco Perindustrian dan Perdagangan Negeri ketika pentadbiran bekas Ketua Menteri Melaka ke-10, Datuk Seri Idris Haron pada tahun 2013 hingga 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here