Sultan Johor kurniakan sumbangan makanan kepada anggota PDRM 

0
166

CYBERJAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan makanan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam penugasan sekatan jalan raya di dalam bandar raya Johor Bahru, Johor hari ini.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay di Istana Pelangi yang kemudian akan diagihkan kepada anggota-anggota polis.

“Bantuan makanan ini kepada anggota-anggota polis yang terlibat dalam penugasan sekatan jalan raya di bandar raya Johor Bahru. Mereka bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Disebabkan mereka terbabit dalam penugasan sekatan jalan raya, bantuan makanan ini boleh disampaikan kepada keluarga masing-masing,” titah baginda.

Sebelum ini Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan mengurniakan sumbangan makanan kepada petugas-petugas perubatan di Hospital Permai. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here