Sultan Perak, Raja Permaisuri hargai wira, wirawati negara

0
333

IPOH – Kesungguhan anggota barisan hadapan membendung penularan wabak Covid-19 tanpa mengenal erti lelah dan masa bukan sahaja penghargaan orang ramai malah mendapat perhatian Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Memetik agensi berita Bernama, Tuanku Zara menzahirkan penghargaan itu menerusi status yang dimuat naik dalam laman Instagram rasmi baginda.

“Terima kasih kepada wira dan wirawati di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan hospital seluruh negara yang berjuang tak kira penat, tak kira bahaya, tak kira kepentingan diri,” tulis baginda.

Apa yang lebih menarik perhatian dua anakanda baginda, Raja Azlan Muzzaffar Shah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Nazira Safya yang masing-masing memegang kertas menyatakan penghargaan terima kasih kepada pasukan keselamatan negara.Raja Nazira Safya Apa yang lebih menarik perhatian dua anakanda baginda, Raja Azlan Muzzaffar Shah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Nazira Safya yang masing-masing memegang kertas menyatakan penghargaan terima kasih kepada pasukan keselamatan negara.

“Terima kasih abang dan kakak, askar dan polis,” demikian ucapan penghargaan yang dipegang Raja Azlan Muzzaffar, manakala Raja Nazira Safya memegang kertas dengan lukisan berbentuk hati antaranya tertera terima kasih, ‘Arigato’, ‘Merci’ dan ‘Grazie.

Status dalam Instagram dengan tanda pagar #askar#pdrm#dudukrumah yang dimuat naik Tuanku Zara turut disertakan gambar Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Azlan Muzzaffar dan Raja Nazira Safya masing-masing berpakaian Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here