Surat terbuka buat Saudaraku!

0
382

Assalammualaikum wbt,

Kepada semua SaudaraKu,

Kita kini berada dalam suatu keadaan yang membimbangkan. Penularan wabak Covid19 bukan sahaja memberi kesan yang mendalam dalam keseluruhan cara hidup kita.

Cara kita bergaul dan bersama dalam masyarakat telah dan sedang diubah. Pihak kerajaan pastinya sedang berjuang membuat sedaya mungkin untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat di negara tercinta ini.

Seperti kita sedia maklum lebih 65 peratus tenaga kerja negara adalah dari sektor SME’s (industri kecil dan sederhana) yang sangat terkesan dengan perkara yang berlaku. Banyak syarikat terpaksa menghentikan pembayaran gaji disebabkan pendapatan syarikat yang akan terjejas.

Syarikat-syarikat besar juga berkemungkinan tidak mampu bertahan lama jika keadaan dunia tidak pulih daripada ancaman wabak ini.

Peristiwa ini bukanlah asing bagi mereka yang mempelajari ilmu akhir zaman yang mana Baginda Rasullullah SAW telah sebutkan secara terperinci tentang apa yang akan berlaku di akhir zaman.

Saya Coach Fadzil Pengasas Malakat Mall, Raudhah Grocer dan Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch ingin menyeru untuk semua bersatu kekuatan yang ada dan membina sistem ekonomi Islam yang baharu bagi melindungi diri kita dan keluarga kita dari ancaman semasa dan akan datang.

Seperti yang kita semua maklum, di masa ini hanya perniagaan pembekalan makanan yang masih boleh beroperasi. Mungkin sudah disusun Allah bahawa Malakat Mall yang baru berumur 10 hari kini menjadi platform yang boleh digunakan bagi mewujudkan pelan pembekalan makanan dan pendapatan Saudara semua.

Pelan 10 tahun yang kami rancangkan untuk membina 10,000 Raudhah Grocer dan 100 Malakat Mall kini terpaksa dipercepatkan. Ini bagi membolehkan kita membina kekuatan sendiri dalam memastikan Saudara semua mempunyai pendapatan dan bekalan makanan yang mencukupi.

Kami memerlukan Saudara semua membantu mendapatkan 1 juta ahli berdaftar dengan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) dengan membeli saham KoPPIM berdasarkan kemampuan masing-masing.

Dana ini akan digunakan untuk membeli stok makanan yang cukup untuk dijual di seluruh 10,000 Raudhah Grocer yang akan diwujudkan dalam tempoh enam bulan.

Pulangan daripada dana pelaburan ini akan diberi semula kepada ahli-ahli.

Saya ingin mencadangkan Saudara untuk melabur 10 peratus wang tunai yang ada kepada KoPPIM sebagai dana pelaburan strategik.

Dengan kekuatan kewangan yang kita bina melalui KoPPIM, Insya-Allah kita mampu membina sistem yang akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu sebanyak 100,000 dan peluang perniagaan kepada lebih 10,000 dalam tempoh enam bulan.

Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah daftar diri sebagai ahli KOPPIM melalui talian www.koppim.com.my/daftar dan terus membuat pembayaran secara dalam talian.

Ahli KoPPIM akan diberi hak utama mendapatkan barangan sekiranya situasi negara bertambah buruk. Kita tidak boleh lagi menunggu dan mengharapkan bantuan orang lain semata-mata tanpa usaha sendiri.

Pusat perkhidmatan ahli sedang dibina bagi menyalurkan informasi dan bantuan.

Mungkin Allah memberikan kita ujian untuk kita bangkit daripada kealpaan.

Inilah waktunya untuk kita bersatu dan menyatu. Jangan tunggu apabila semuanya sudah terlambat. Semoga Allah memberi kita kefahaman dan kekuatan hati untuk bertindak dengan betul. Daftar dan beli saham KoPPIM hari ini juga di laman www.koppim.com.my/daftar

MOHD. FADZIL HASHIM
Pendekar Ekonomi Islam
Pengasas Brainy Bunch, Pengasas Malakat Mall, Pengasas Raudhah Grocer

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here