Surat terbuka permohonan maaf daripada CEO Malakat Mall

0
3261
Mohd. Fadzil Hashim berkata sesuatu kepada Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan ketika majlis prapembukaan Malakat Mall semalam

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

RAUDHAH CITY – Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim hari ini mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf secara terbuka mengenai situasi pengalaman pembelian pelanggan di Raudhah Grocer semalam.

Dalam perkongsian dalam akaun Facebook miliknya memaklumkan pada permulaannya sistem pembayaran (POS) berjalan dengan baik.

Namun katanya, pada saat-saat kritikal akhirnya menghadapi kelewatan untuk memasukkan harga beberapa barang ke dalam sistem.

Orang ramai beratur untuk membayar barang dibeli di pasar raya Raudhah Grocer

“Ini adalah disebabkan banyak barangan yang sampai pada saat-saat akhir dan lewat.

“Tambahan sistem internet di dalam bangunan berdepan dengan masalah
secara tiba-tiba,” kongsinya.

Mohd. Fadzil turut menjelaskan, bangunan Malakat Mall sebelum ini sebenarnya tiada penghuni hampir empat tahun.

Katanya lagi, apabila berdepan dengan masalah talian komunikasi semua perkhidmatan di dalam bangunan tidak berfungsi sekali gus berlakunya ‘connectivity problem’.

“Alhamdulillah, masalah itu akan diselesaikan  dan kami jangka hari kedua hari ini sudah tiada lagi masalah yang sama berlaku seperti hari pertama.

“Perkhidmatan wifi khas untuk pengguna akan diwujudkan supaya pelanggan dapat mula membeli menggunakan aplikasi Raudhah Prepaid kami dan menerima dua peratus cash back.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi atas sokongan tidak putus-putus kepada semua pelanggan,” katanya. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here