Tabung Covid-19: Gaji jemaah menteri dipotong 2 bulan 

0
81

CYBERJAYA – Gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dua bulan untuk disalurkan ke Tabung Covid-19.

Perkara itu dinyatakan dalam akaun rasmi Facebook Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam.

Tambah kenyataan itu, langkah tersebut membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak tersebut.

“Tabung Covid-19 telah dilancarkan 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

“Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103,48,” kata kenyataan itu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here