Tahan lah ‘nafsu’ untuk 2 minggu ini

0
187

Hari ini memasuki hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Selepas dua hari arahan itu dikeluarkan segelintir rakyat Malaysia seolah-olah menganggap ia satu ‘percutian’ panjang untuk bersiar-siar bersama keluarga atau rakan-rakan.

Malah sehari sebelum dikuatkuasakan ramai berpusu-pusu pulang ke kampung sehinggakan lebuh raya jadi sesak, lebih luar biasa daripada cuti perayaan.

Sikap sebegini hampir sama yang berlaku di Itali.

Beberapa perkongsian rakan maya penulis mengenai betapa seriusnya wabak Covid-19 merebak di Itali adalah sikap sambil lewa rakyatnya yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan di negara itu.

Seorang penduduk di satu wilayah di Itali menerusi catatan  dalam akaun Instagram miliknya merayu masyarakat dunia supaya mengambil serius tentang wabak itu.

Marco Cartasegna berkata, penduduk di negara lain perlu mengambil serius rayuan mereka supaya tidak berdepan yang situasi yang sedang melanda negara itu ketika ini.

“Ambil pengajaran dan bertindaklah seperti arahan pihak berkuasa negara anda bagi mengekang krisis ini,” tulisnya kepada 386,000 pengikut Instagram akaun miliknya.

Peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara itu membuatkan kerajaan di sana melaksanakan ‘lockdown’ bagi mencegah wabak itu terus merebak.

Dan hari ini 1,030 kes dicatatkan dengan 130 kes baharu direkodkan positif Covid-19 di negara ini.

Kepada rakyat Malaysia, jangan ambil mudah. Apabila kerajaan mengeluarkan sesuatu arahan ia adalah kebaikan untuk semua.

Apa salahnya menahan ‘nafsu’ untuk bersiar-siar dann aktiviti lain yang boleh mendedahkan kepada risiko jangkitan wabak itu.

Dalam tempoh dua minggu ini, ambillah kesempatan merapatkan silaturahim bersama ahli keluarga.

Bagi umat Islam, inilah masa paling sesuai memperbanyakkan ibadah selain memohon kepada Allah supaya negara ini dijauhi wabak yang sedang melanda dunia. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here