Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara

0
292
Tan Sri Idrus Harun

CYBERJAYA – Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Thommy Thomas.

Menurut satu kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, pelantikan baharu itu adalah untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini.

Katanya, pelantikan itu adalah selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan selepas mendapat perkenan daripada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, Agong juga telah memperkenankan permohonan Thommy untuk memendekkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 28 Februari lalu selaras dengan Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Thommy Thomas di atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara,” katanya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here