Tawaran 50 peratus bayar saman melalui e-Payment

0
147

CYBERJAYA – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melancarkan kempen bayaran saman secara pembayaran elektronik (e-Payment) dengan diskaun sebanyak 50 peratus sempena peringatan Hari Polis ke-213.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, kempen berkenaan berlangsung selama lima hari bermula 25 Mac ini.

Beliau berkata, kempen itu bertujuan menggalakkan orang ramai membayar saman masing-masing secara e-payment berikutan penutupan kaunter bayaran saman di Ibu pejabat seluruh negara sejak 18 Mac lalu.

Menurut beliau, kempen bayaran secara dalam talian itu juga merupakan langkah JSPT bagi menggalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan di seluruh negara ketika ini.

“Sebagai langkah meringankan beban yang ditanggung masyarakat, Polis Diraja Malaysia menawarkan kadar diskaun sehinggga 50 peratus bagi saman-saman tertentu dengan pembayaran secara e-Payment.

“Bayaran tersebut boleh dilakukan melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here