Tempah makanan dengan Western Seconditem Burger Banting

0
505

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

BANTING – Tindakan sebuah restoran makanan yang pernah tular sebelum ini mengambil langkah membantu pelanggannya mendapatkan makanan di rumah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pencegahan wabak Covid-19.

Pengusaha Western Seconditem Burger Banting, Mohd. Fitri Samsudin berkata, pihaknya menggunakan perkhidmatan dalam talian termasuk pesanan melalui aplikasi WhatsApp sebagai menyahut saranan kerajaan terhadap langkah-langkah pencegahan dan kebersihan.

Menurutnya, perkhidmatan itu dapat mengurangkan risiko jangkitan apabila menjual makanan yang khusus dibungkus dan pesanan dalam talian sahaja. 

“Kerajaan telah pun keluarkan arahan bahawa premis makanan termasuk restoran, kedai mamak dan kopitiam hanya dibenarkan menjual makanan untuk dibungkus sahaja.

“Kami akur dengan arahan itu dan mewujudkan khidmat penghantaran makanan ke rumah, itu lebih baik kerana memudahkan orang ramai,” katanya kepada MBNews.

Sehingga pukul 3 petang tadi, Mohd. Fitri berkata, lebih 90 pesanan makanan diterima.

Katanya, antara hidangan makanan yang menjadi tumpuan pelanggan nasi goreng chicken chop, nasi goreng chicken crispy dan nasi kambing bakar pada harga antara RM13.90 hingga RM15.90.

“Operasi kami dibuka pukul 11 pagi hingga 9 malam sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

“Restoran kami yang terletak berhampiran bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) Daerah KuaLa Langat itu turut menyediakan cecair pencuci tangan kepada pelanggan yang singgah menempah makanan dengan kami,” katanya.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mencegah penularan wabak Covid-19 yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here