Tempoh operasi restoran 24 jam di Kuala Lumpur dihadkan

0
186

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA – Semua premis makanan dan restoran 24 jam di Kuala Lumpur dihadkan tempoh masa beroperasi iaitu dari jam 6 pagi hingga 10 malam berkuatkuasa hari ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan arahan itu berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 31 Mac ini.

“Kaedah penjualan makanan hanya dibenarkan secara pandu lalu, penghantaran dan bawa pulang.

“DBKL akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik perniagaan yang gagal mematuhi arahan ditetapkan,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, arahan tersebut selaras Akta 342, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Polis 1967 dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.

“Ia tertakluk kepada perubahan arahan terkini dari semasa ke semasa,” katanya. MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here