Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 14 April

0
66

CYBERJAYA – Kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini berikutan trend jangkitan wabak Covid-19 tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan ketika ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tempoh lanjutan itu dimaklumkan lebih awal supaya rakyat lebih bersedia.

Menurut Muhyiddin, beliau telah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara yang memaklum trend semasa menunjukkan kes-kes positif Covid-19 yang baharu masih berlaku.

Tambah beliau, trend itu dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. 

“Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.

“Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April ini. Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan di semua saluran stesen televisyen utama hari ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here