Tempoh sebulan Jemaah Menteri isytihar harta – PM

0
65

PUTRAJAYA – Semua anggota Kabinet dikehendaki mengisytiharkan harta dan mereka diberi tempoh sebulan untuk melakukannya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik laporan Berita Harian, Jemaah Menteri diingatkan tentang komitmen untuk menentang dan banteras rasuah pada mesyuarat Kabinet sulung yang dipengerusikan Perdana Menteri, pagi ini.

“Saya beritahu semua Jemaah Menteri supaya isytihar harta dan kita minta dalam tempoh sebulan (isytihar) kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) seperti dibuat hari ini,” katanya.

Sebelum itu, Muhyiddin pada hari ini mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama di Perdana Putra, di sini.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.25 pagi itu dihadiri semua 31 menteri.

Sebelum mesyuarat Kabinet itu bermula, Muhyiddin menyertai sesi bergambar bersama Jemaah Menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here