Tenang di rumah ‘is good’- Najib

0
123

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak orang ramai patuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu yang bermula hari ini.

“Hari ini, saya main FB (Facebook) di rumah kerana saya patuhi perintah kawalan pergerakan untuk tempoh dua minggu yang bermula hari ini.

“Perintah kawalan ini adalah demi kebaikan dan masa depan negara.

“Kita sama-sama hormati perintah ini kerana kita perlu utamakan kesihatan dan wabak ini amat serius hingga boleh membawa maut.

“Elak untuk keluar rumah jika tiada keperluan yang amat mendesak,” katanya dalam status dalam Facebook miliknya hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu juga berpesan agar tidak membawa seluruh ahli keluarga sekiranya ingin keluar membeli barangan keperluan.

“Jika nak membeli barang-barang keperluan pun, kita pergi seorang dan pakai topeng muka dah cukup. Jangan bawa seluruh keluarga.

“Sebaik sahaja pulang ke rumah, jangan lupa basuh tangan dengan sabun sekurang-kurangnya 20 saat.

“Tempoh 14 hari ini adalah tempoh kritikal bagi negara tercinta. Marilah sama-sama kita bersabar dalam tempoh dua minggu akan datang ini kerana tenang di rumah ‘is good’,” Katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here