Tentera laut Korea Selatan dijangkiti semula Covid-19

0
222

SEOUL – Seorang anggota tentera laut negara ini yang sebelum ini diuji positif Covid-19 dan telah pulih, sekali lagi disahkan dijangkiti virus itu, memetik kementerian pertahanan dilaporkan agensi berita Yonhap.

Tentera yang bertugas di selatan Pulau Jeju itu dibenarkan keluar hospital pada minggu lalu selepas menjalani rawatan selama sebulan.

Dia bagaimanapun dijangkiti semula virus itu ketika menjalani kuarantin pencegahan, diuji positif sekali lagi hari ini.

Minggu lalu, dua orang anggota tentera iaitu seorang pegawai tentera dan seorang kontraktor tentera udara dijangkiti virus itu selepas pulih sepenuhnya.

Sehingga hari ini, angkatan tentera negara itu sudah melaporkan sebanyak 39 jangkitan Covid-19.

Sebagai langkah pencegahan, sekitar 1,780 anggota tentera dikuarantin di pangkalan.

Antaranya, kira-kira 120 orang sama ada mereka mempunyai gejala berkaitan Covid-19 atau mempunyai kontak dengan pesakit.

Baru-baru ini, anggota tentera berkenaan mengunjungi tenggara Daegu, antara negeri yang paling teruk terjejas dengan wabak maut itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here