‘Terima kasih Baitulmal MAIWP bantu saya’

0
142

CYBERJAYA – Kesempitan hidup seorang ibu tunggal enam anak yang kematian suami terbela apabila Skuad Jejak Asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tampil membantu meringankan beban keluarga tersebut.

Skuad tersebut mengunjungi keluarga tersebut yang tinggal di Kepong, Kuala Lumpur.

Menerusi akaun Facebook Baitulmal MAIWP, ibu tunggal yang dikenali sebagai Dzuliana, 37, baru kematian suami akibat serangan jantung pada 24 Februari lalu.

Menurut Dzuliana, dia kini hilang tempat bergantung kerana tiada sumber pendapatan bagi menanggung keperluan sara hidup dengan enam anaknya.

Katanya, keadaan bertambah sukar apabila dia sedang mengandung tujuh bulan anak ketujuhnya.

“Sekarang saya hanya berharap kepada pemberian ihsan adik-beradik dan saudara-mara sahaja”, jelasnya apabila ditanya tentang sara hidupnya.

Dzuliana yang sebelum ini tidak pernah bekerja malah tiada wang simpanan peninggalan arwah suaminya itu, kini terpaksa berhadapan dengan tunggakkan sewa rumah yang tidak dibayar sejak dua bulan lalu.

Tambahnya, dia meminta jasa baik tuan rumah itu membenarkannya dan anak-anak untuk terus menetap di situ sehingga mendapatkan rumah sewa yang lain. 

Jelasnya, walaupun dia memiliki kenderaan milik allahyarham suami, dia tidak boleh memandu disamping tiada lesen sehingga terpaksa bergantung dengan bantuan keluarganya untuk keluar rumah hatta hanya membeli barang keperluan dapur.

Dalam pada itu, Skuad Jejak Asnaf Baitulmal bertindak dengan mengesyorkan bantuan kecemasan bagi membantu menampung perbelanjaan sara hidupnya bersama enam anak sementara waktu selain persediaan ibu tunggal itu bersalin tidak lama lagi.

Beliau turut ditawarkan Bantuan Kewangan Bulanan dan Bantuan Sewa Rumah Bulanan bagi meringankan beban hidupnya pada masa akan datang.

Selain itu, menurut kenyataan Baitulmal MAWIP itu turut mencadangkan beberapa anak Dzuliana ditempatkan di pusat perlindungan anak-anak yatim dan fakir miskin milik MAWIP di Kompleks Darul Kifayah di Batu Muda dekat sini.

Kata kenyataan itu, ibu tunggal tersebut akan berbincang dengan keluarganya dan memaklumkan keputusan tersebut dalam masa terdekat. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here