Tiada bazar Ramadan di Negeri Sembilan

0
92
Gambar hiasan

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan tiada sebarang penganjuran bazar sempena Ramadan pada tahun ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu terpaksa dibuat bagi menjamin kesihatan rakyat sekali gus mengekang penularan wabak Covid-19.

“Kita putuskan tidak ada bazar Ramadan tahun ini kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini sudah hampir dengan Ramadan.

“Mungkin menjelang hari akhir PKP, kes Covid-19 di negara kita sudah menurun tapi kita tidak boleh ambil mudah dengan buka ruang seperti di bazar Ramadan yang membolehkan rakyat dengan mudah terdedah kepada wabak itu semula,” katanya seperti yang dilaporkan.

Beliau berharap agar pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat mengambil perhatian mengenai keputusan itu.

Bagaimanapun katanya, peniaga masih boleh menjalankan aktiviti perniagaan mereka dari rumah dengan menggunakan konsep ‘cash on delivery’ (COD).

“Peniaga perlu lebih kreatif, mahu berniaga secara terbuka seperti bazar Ramadan itu kita tidak benarkan kerana tidak mahu ambil risiko.

“Saya harap masyarakat semua dapat bersabar dan kerajaan negeri akan berusaha membantu bagi meringankan beban terutama keluarga memerlukan,” kata beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here