‘Tiada golongan yang akan tercicir’

0
130

“Tiada golongan yang akan tercicir.” Itu antara ayat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan petang tadi.

Pakej yang dianggap menyeluruh itu bukan sahaja tertumpu kepada golongan bawahan malah pertengahan dan korporat juga memperoleh manfaatnya.

Begitu hebat penangan wabak Covid-19 ini. Peperangan tidak nyata kali ini cukup menggerunkan. Bukan sahaja rakyat Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.

Akibat wabak itu, ekonomi dunia turut terjejas. Boleh dikatakan setiap sektor termasuk peniaga kecil terkena tempias itu.

Malaysia tidak terkecuali. Kerana wabak itu, beberapa industri terjejas malah risiko kehilangan pekerjaan pun ada.

Peniaga pula paling terkesan. Rezeki mereka bergantung kepada hasil jualan terutama peniaga kecil-kecilan. Demi menyahut seruan kerajaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka akur.

Tempoh sebulan PKP amat memeritkan. Semua diminta duduk rumah. Golongan peniaga terkedu. Tiada apa boleh dibuat melainkan berdoa semoga wabak itu dapat diperangi.

Inisiatif-inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri begitu melegakan mereka. Jika mahu disenaraikan sudah tentu dapat menampung kerugian yang dialami ketika ini.

Janji Perdana Menteri untuk menyegerakan bantuan itu amat dialu-alukan oleh rakyat dan golongan peniaga.

Selain mereka, kerajaan juga tidak melupakan sektor-sektor lain yang turut terjejas. Wah! Untung rakyat negara ini. Satu demi satu dapat perhatian.

Cuma satu sahaja diharapkan. Bantuan yang dihulurkan harap sampai kepada sasaran. Jangan ada ketirisan. Berilah kepada yang hak menerimanya.

Nasihat terakhir seperti sebuah gegantung yang dirakam warga maya dalam media sosial amat ‘menginsafkan.’

Kita ada beberapa pilihan.
a) Duduk di dalam rumah
b) Duduk di dalam lokap
c) Duduk di dalam hospital
d) Duduk di dalam kubur.

Pilihan terletak kepada anda semua. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here