Tiada lagi amaran, polis ambil tindakan kepada yang ingkar

0
99

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Sebanyak 32 kertas siasatan dibuka, tiga kes telah ditangkap dan akan dituduh di mahkamah sepanjang sembilan hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tiada lagi amaran kepada individu yang masih ingkar dengan PKP, selain pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita boleh lihat daripada segi tangkapan, semalam saja lebih 100 tangkapan satu Malaysia dan di Johor pun akan kita tingkatkan.

“Amaran sudah tidak ada lepas ini, kita akan pastikan yang mana ingkar kita akan tangkap.

“Kalau tengok sekatan jalan raya pun, lebih daripada dua orang dalam kenderaan, polis akan minta mereka patah balik, tidak ada lagi ruang untuk mereka bergerak. Saya minta semua rakyat patuhilah arahan kerajaan,” katanya dalam laporan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya positif dengan arahan tempoh PKP yang dianjakkan oleh kerajaan, selain meminta rakyat patuh dan turut bersama menangani wabak itu.

“Keputusan untuk menyambung mungkin kepada peningkatan kes baharu bagi memastikan rangkaian putus. Kalau kita tidak teruskan, rangkaian itu akan berkembang.

“Ini keputusan kerajaan dan kita perlu bersama menanganinya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here