Tiada lagi sekatan perjalanan ke Hubei

0
75

BEIJING- China menarik balik sekatan perjalanan ke Hubei yang menjadi wilayah paling terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Pihak berkuasa mengumumkan perkara itu, kira-kira dua bulan selepas perintah berkurung dikuatkuasakan di wilayah berkenaan.

Wuhan, pusat tercetusnya penularan wabak berkenaan berada di dalam wilayah tersebut.

Mulai tengah malam ini, penduduknya yang sihat dibenarkan untuk meninggalkan wilayah berkenaan.

Bagaimanapun, bagi penduduk Wuhan, mereka hanya dibenarkan berbuat demikian pada 8 April nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here