Tiada pemotongan bekalan elektrik bagi pengguna lewat bayar bil

0
118


CYBERJAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn. Bhd., tidak akan melakukan pemotongan bekalan elektrik terhadap pengguna yang membayar lewat perkhidmatan itu.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, langkah itu diambil selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan semalam.

“Sebagai industri yang prihatin dengan cabaran besar dihadapi rakyat berikutan penularan wabak Covid-19, pihak TNB dan Sabah Electricity tidak akan buat pemotongan bekalan elektrik terhadap pengguna yang lewat membayar bil tersebut.

“Ia bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa semalam sehingga 31 Mac ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here