Tiada syarat pembentukan Kabinet baharu – Hadi Awang

0
128
Abdul Hadi Awang

CYBERJAYA – Pas tidak meletakkan sebarang syarat berhubung pembentukan Kabinet baharu kerajaan sebaliknya menyerahkan keputusan itu sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, apa yang lebih menjadi keutamaan adalah memilih daripada individu yang berintegriti, berkelayakan, berkemahiran dan dapat mewakili masyarakat majmuk.

“Pas menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk membentuk Jemaah Menteri dalam masa terdekat ini, tanpa sebarang syarat dan permintaan.

“Saya menghargai jemputan Perdana Menteri untuk kami memberikan pandangan awal berkenaan pembentukan Kabinet yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi turut menyarankan supaya dilibatkan individu dalam kalangan profesional untuk membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan tahap ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat, serta diwujudkan fungsi hisbah (ombudsmen) dalam pentadbiran. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here