Tian Chua ditampar, dibaling botol

0
528
Tian Chua diserang oleh sekumpulan lelaki sebentar tadi

CYBERJAYA – Naib Presiden PKR, Tian Chua ditampar dan dibaling botol minuman penyokong parti berkenaan dalam kejadian di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi.

Memetik laporan Harian Metro, penyokong parti berkenaan dipercayai tidak berpuas hati kepada Tian Chua yang dilihat cenderung kepada kem bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selain menjerit ‘pengkhianat’ kepadanya ketika mahu meninggalkan pejabat berkenaan selepas mesyuarat.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin dan Setiausaha PKR Selangor, Mohd. Razlan Jalaluddin turut diserang kumpulan penyokong parti berkenaan di lokasi sama.

Kebanyakan penyokong PKR dilihat berang dan menjerit perkataan ‘pengkhianat’ kepada kedua-dua individu berkenaan.

Bagaimanapun situasi selama 10 minit itu berjaya dikawal beberapa individu dari kumpulan otai reformis.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here