Tidak sabar tunggu pengumuman tamat tempoh PKP

0
92
Sepanjang tempoh PKP pelbagai pihak turut turun padang membantu rakyat yang memerlukan

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Hari ini masuk hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19 namun angka kematian masih lagi bertambah.

Seorang pemilik akaun Facebook, Jefrizal Jaafar berkongsi pendapat, berbaki enam hari lagi  yakin ramai tidak sabar untuk menunggu pengumuman ‘tamat tempoh PKP’ oleh Perdana Menteri.

Menurutnya, rakyat mungkin kembali bebas melakukan sebarang aktiviti seperti sebelum 18 Mac lalu.

“Bagaimanapun,  kes baharu masih diterima saban hari sepanjang tujuh hari lepas malah kematian juga dicatatkan sepanjang tempoh tujuh hari tersebut.

“JPMorgan’s Asia-Pacific dan JPMorgan Chase & Co, sebuah badan kajian terhadap bagaimana Malaysia tangani Covid-19 telah membuat satu prediksi bahawa senario terburuk masih belum sampai, dijangka bakal berlaku sekitar April ini.

“Malaysia telah catat sebagai negara tertinggi terima kes setiap hari di rantau Asia dan antara tertinggi di dunia,” kongsinya dalam akaun Facebook miliknya.

Jika trend menaik tempoh PKP akan dilanjutkan

Keluh Jefrizal, jika trend kenaikkan berterusan dalam baki tempoh enam hari nanti sebaiknya lupakan dahulu pengumuman berakhirnya PKP dan bersedia lanjutan masa penguatkuasaannya.

Katanya, rakyat  masih belum menang dalam perang ini.

“Untuk memenangi perang ini, tugas kita adalah memastikan trend carta menaik seperti dalam Gambar 1 di bawah diganti dengan trend Gambar 2.

“Pastikan trend Gambar 3 berlaku hingga capai angka sifar atau 0 bagi semua data penerimaan kes baru atau kematian atau pulih dan negatif,” katanya.

Beliau berkata, apabila semua menunjukkan tanda sifar atau kosong barulah rakyat boleh bersorak gembira dengan kemenangan dalam peperangan ini.

Katanya lagi, teruslah duduk di rumah tanpa keluar jika tiada keperluan mendesak.

“‘Stay put at home’. Jangan keluar rumah tanpa keperluan mendesak. Hanya dengan ini cara kita berperang. Ayuh perang sampai menang,” katanya. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here