Tiga daerah di Selangor diisytihar zon merah Covid-19

0
337

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Tiga daerah di Selangor diisytihar sebagai zon merah wabak Covid-19 iaitu Petaling Jaya, Hulu Langat, dan Gombak.

Berdasarkan statistik di laman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), Petaling Jaya mencatatkan taburan kes tertinggi iaitu sebanyak 167 kes diikuti Hulu Langat (132) dan Gombak (53).

Selain itu lapan kawasan lain turut dikategorikan memasuki zon merah iaitu daerah Lembah Pantai, Kuala Lumpur (167 kes); Seremban, Negeri Sembilan (78 kes) dan Johor Bahru, Johor (68 kes).

Pada masa sama, Kluang, Johor pula mencatat 54 kes; Titiwangsa, Kuala Lumpur (49 kes); Kota Bharu, Kelantan (48 kes); Hilir Perak (48 kes) dan Kinta, Perak (41 kes).

KKM mengingatkan orang ramai yang berada di daerah terbabit meningkatkan langkah pencegahan terutama duduk di rumah bagi membendung pertambahan kes Covid-19.

Sementara itu, sembilan daerah di Semenanjung Malaysia masih di kategori kan kawasan sifar wabak Covid-19 iaitu di Kempas, Perak; Cameron Highlands, dan Rompin di Pahang; Hulu Terengganu; Tanah Merah, Jeli dan Machang di Kelantan; Yan dan Pokok Sena di Kedah.

Di Sarawak pula 19 daerah bebas Covid-19 termasuk di Kapit, Sri Aman, Asajaya, Baram, Bai, Belaga, Darat, Daro, Julau, dan 10 lagi manakla 11 daerah di Sabah juga direkodkan kawasan sifar termasuk Beluran, Keningau, Kota Marudu dan Kudat.

KKM turut menasihatkan supaya penduduk di kawasan terlibat mengekalkan kawasan selamat dengan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerap mencuci tangan mengguna sabun, menjaga jarak sosial serta menggalakkan pembelian secara dalam talian. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here